My Add

Wednesday, 29 May 2013

Anak menteri diragut di pasar raya

KUALA LUMPUR, RABU, 29 Mei, 2013: Anak perempuan kepada seorang menteri Kabinet cedera selepas diragut dua lelaki ketika pulang membeli-belah di sebuah pasar raya di Ampang dekat sini semalam.

Kejadian berlaku pukul 11.50 pagi ketika mangsa yang berusia 26 tahun sedang mengisi barang dalam kenderaannya di tempat letak kereta pasar raya tersebut.

Menurut Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan, mangsa yang berseorangan ketika itu tiba-tiba dihampiri sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna coklat.

“Anak menteri itu yang bertugas sebagai guru sedang memasukkan barang dibelinya ke dalam kereta sebelum dihampiri sebuah kereta.

“Penumpang kereta itu kemudian menarik beg tangan mangsa sehingga mengakibatkan wanita itu terjatuh dan cedera di lutut," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment