My Add

Wednesday, 29 May 2013

PPDNKK rampas set karaoke

KOTA KINABALU, RABU, 29 Mei - Unit Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Sabah semalam menyita peralatan karaoke di sebuah premis hiburan di sini yang dianggarkan berjumlah RM239,500.

Ketuanya, Suhaimi Mat Sari berkata, serbuan di pusat hiburan itu dibuat kerana premis itu dipercayai memuat turun lagu tanpa kebenaran hak cipta mengikut Akta Hak Cipta 1987.

“Semasa diserbu kira-kira pukul 11 malam, beberapa pengunjung sedang leka berhibur dan kesemua mereka diarahkan keluar daripada premis berkenaan," katanya di sini.

Beliau berkata, pihaknya menerima aduan daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) mengenai sebuah premis yang disyaki melakukan kesalahan memuat turun lagu tanpa kebenaran hak cipta. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment