Dua bekas ADUN dilepas, dibebaskan daripada tuduhan rasuah
IPOH, RABU, 29 Mei, 2013: Dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Kapten (B) Usaili Alias dilepas dan dibebaskan daripada tiga tuduhan rasuah lima tahun lalu.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan keputusan itu selepas pembelaan berjaya menimbulkan RABU, 29 Mei, 2013,keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.
Mohd Osman bekas ADUN Changkat Jering dan Usaili bekas ADUN Bota melahirkan rasa kesyukuran dan gembira selepas mendengar keputusan peringkat akhir pembelaan di Mahkamah Sesyen Ipoh, di sini, petang ini. - BH
No comments:
Post a Comment