My Add

Wednesday, 29 May 2013

Hanya seorang penguat kuasa LSS bertugas di Jeti Bakun semalam

KUCHING, RABU, 29 Mei, 2013: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) mendedahkan hanya seorang pegawai penguat kuasanya bertugas di Jeti Bakun semalam.

Pengerusi LSS, Datuk Roland Sagah Wee Inn bagaimanapun berkata, pada masa ini pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada pegawai berkenaan berada di jeti itu ketika bot ekspres Syarikat Kawan-Mas yang karam dekat Belaga berlepas menuju ke Terminal Bot Ekspres Sibu.

“Kita tunggu siasatan pihak polis kerana tindakan menyalahkan mana-mana pihak ketika ini adalah tidak wajar," katanya. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment