Hakim tarik diri kendali kes Pengarah Komunikasi PKR
PETALING JAYA, RABU, 29 Mei, 2013: Hakim Mahkamah Seksyen, di sini, hari ini menarik diri daripada mengendalikan kes Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang menghadapi tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran, pada 8 Mei lalu.
Hakim Rozina Ayob berkata, adalah lebih wajar jika seorang hakim lain mendengar perbicaraan itu kerana beliau mempunyai pertalian keluarga dengan tertuduh.
Berikutan itu, kes itu dipindahkan ke mahkamah lain dan Hakim Ayatul Akmar kemudian menetapkan tarikh sebutan baru kes pada 26 Ogos ini. - BH
No comments:
Post a Comment