Oleh JAMLIAH ABDULLAH
ALOR SETAR, SELASA, 28 Mei, 2013: Sebuah kedai makan yang diusahakan jurulatih bola sepak Perak, Mohd. Azraai Khor Abdullah bersama isteri, Rohani Ibrahim di Bazar Wakaf Rakyat di Jalan Tun Razak di sini dipecah masuk pencuri awal pagi ini.
Dalam kejadian dipercayai kira-kira pukul 4 pagi, selain kedai makan Azraai Tom Yam, dua buah kedai lain di premis sama yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) turut dipecah masuk.
Menurut Rohani, 53, dia dan suaminya yang memulakan perniagaan di situ sejak Jun tahun lalu dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh tukang masaknya selepas diberitahu seorang peniaga nasi lemak di hadapan premis mereka.
"Kira-kira pukul 7 pagi saya terima panggilan daripada tukang masak memberitahu terdapat kesan umpil pada pintu kedai dan bergegas ke sini.
"Saya dapati terdapat kesan geledah termasuk di dalam laci almari dan mesin wang. Pencuri ini mungkin menggeledah untuk mencari wang kerana kesemua wang siling yang ditinggalkan dalam kedai lesap," katanya ketika ditemui di premis tersebut.
Menurut Rohani, ketika kejadian Mohd. Azraai tidak berada di sini kerana mengendalikan pasukannya di Perak. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment