Tuesday, 28 May 2013

Polis siasat kematian pelancong kena kipas bot

KUALA TERENGGANU, SELASA, 28 Mei, 2013: Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang pelancong wanita warga Britain maut selepas terkena kipas bot di Pulau Perhentian Kecil, Besut semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 304A kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

Menurut beliau, polis telah merakamkan percakapan pemandu bot pelancong yang terlibat dalam insiden berkenaan.

"Kita akan lihat sama ada mana-mana pihak melanggar peraturan dalam insiden ini atau tidak untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment