Kertas siasatan kes undi dua kali diserah kepada DPP
KUANTAN, SELASA, 28 Mei, 2013: Kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki yang mendakwa mengundi dua kali dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani berkata, siasatan yang dibuat oleh polis sudah selesai dan pihaknya telah menghantar kertas siasatan itu kepada DPP.
"Kita telah ambil keterangan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lelaki tersebut juga kita telah dipanggil untuk beri keterangan," katanya hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment