Tuesday, 28 May 2013

Polis buru enam suspek pelbagai kesalahan

KAMPAR, SELASA, 28 Mei, 2013: Polis Kampar sedang mengesan enam lelaki bagi membantu siasatan dalam pelbagai kes termasuk ragut, menyimpan barang curi dan mendatangkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ng Kong Soon berkata, dua beradik, S. Kokilavanan dan S. Nitya Ananthen masing-masing berusia 22 dan 19 tahun dari Mambang Diawan diburu atas kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Selain itu katanya, Derek Wong Wai Liek, 24, dari Taman Pasir Puteh dan Mohd. Rizwaan Zahari dari Sungai Kerak, Marang, Terengganu pula dicari bagi menyelesaikan kes mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Kita juga sedang mengesan S. Kumar, 22, dari Teluk Intan dan Mohd. Shafie Sulaiman, 50, dari Jalan Kampar, Langkap masing-masing atas kesalahan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan dan Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

"Kita minta semua individu ini tampil membantu siasatan atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di talian 05-4652222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya dalam sidang akhbar hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment