Polis Melaka kaji bukti himpunan haram
MELAKA, SELASA, 28 Mei, 2013: Polis akan mengkaji serta menganalisis segala bukti yang diperolehi semasa himpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang dianjurkan pakatan pembangkang di sini Jumaat lalu walaupun tiada sebarang kekecohan berlaku.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, hasil laporan dan kertas siasatan yang telah dibuka, pihaknya akan menjalankan siasatan berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi berkaitan perhimpunan itu.
Menurutnya, jika bukti yang diperolehi mencukupi, polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Polis juga sedang menganalisis isi ceramah yang disampaikan dan jika terdapat bukti kukuh terdapat sebarang bentuk hasutan maka tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 akan diambil," katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment