Wednesday, 29 May 2013

Rosmah terima kunjungan hormat pemangku Pengarah Eksekutif Wanita PBB

PUTRAJAYA, RABU, 29 Mei, 2013: Pemangku Pengarah Eksekutif Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Lakshmi Puri membuat kunjungan hormat ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor di kediaman rasmi Perdana Menteri, di Seri Perdana, di sini, hari ini.

Pertemuan yang berlangsung kira-kira satu jam itu turut dihadiri isteri Menteri Luar, Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad.

Puri, Penolong Setiausaha Agung dan Timbalan Pengarah Eksekutif Wanita PBB mengambil alih peranan barunya sebagai Pemangku Pengarah Eksekutif badan itu selepas pengumuman pengunduran Pengasas Pengarah Eksekutif Wanita PBB, Michelle Bachelet, pada Mac lalu.

Puri berada di Malaysia sempena Persidangan Global Women Deliver 2013 kali ke-3 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai semalam sehingga Khamis.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucaptama pada kemuncak persidangan dengan Malaysia merupakan negara Asia pertama diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan global, selama tiga hari itu.

Lebih 3,000 perwakilan termasuk pembuat dasar, peguam dan pemimpin dunia mewakili lebih 150 negara menyertai Global Women 2013, iaitu persidangan terbesar dalam dekad ini yang memberi tumpuan kepada hak kesihatan kanak-kanak perempuan dan wanita. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment