Thursday, 27 June 2013

6 bersenjata api larikan 6 dulang barang kemas

Oleh NORAZRIN MARZUKI

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Enam penjenayah bersenjata api melarikan enam dulang barangan kemas dalam rompakan nekad yang hanya mengambil masa beberapa minit di sebuah kedai emas di Jalan Masjid India di sini pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi ketika kedai itu baru hendak memulakan operasi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan mendapati kesemua suspek menaiki tiga buah motosikal sebelum berhenti dan menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment