Thursday, 27 June 2013

Guru sandaran hamil: Kerajaan tarik balik rayuan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Seorang wanita yang kehilangan jawatan guru sandaran tidak terlatih kerana hamil, berhak mendapat jawatan tersebut selepas pihak Kerajaan menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Clement Allan Skinner membatalkan rayuan tersebut setelah dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhasan bahawa perayu menarik balik rayuan itu.

Beliau yang bersidang bersama Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Rohana Yusuf kemudian memerintahkan perayu membayar kos RM5,000.

Dengan keputusan itu, panel tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan tuntutan saman Noorfadilla bahawa dia yang hamil (setakat 12 Januari 2009) layak dan berhak dilantik sebagai guru sandaran tidak terlatih. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment