Ah long diburu terlibat dalam keganasan diberkas
IPOH, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Seorang ah long yang diburu kerana terbabit dalam beberapa kes jenayah kekerasan dan bertindak ganas terhadap peminjam, ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis di Bercham, di sini semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.15 petang.
Dalam serbuan tersebut, katanya, polis menemukan tiga bilah pedang samurai, 47 ikatan kain rentang iklan ceti haram dan tiga telefon bimbit. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment