Amir baharu Qatar dijangka rombak Kabinet
DOHA, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Amir baharu Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani dijangka melantik Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai Perdana Menteri baharu menggantikan bapanya, Sheikh Hamad Jassem al-Thani yang melepaskan jawatan tersebut.
Menteri berkenaan, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa al-Thani disebut-sebut sebagai calon sesuai memegang jawatan Perdana Menteri selepas Sheikh Tamim yang dijangka melakukan rombakan Kabinet dalam tempoh terdekat.
Selain mengisi kekosongan jawatan tersebut, beberapa pelantikan baharu turut melibatkan jawatan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri, Menteri Kewangan dan Perdagangan dan Menteri Luar. - Agensi/UTUSAN
No comments:
Post a Comment