![]() |
* PENGERUSI Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) menunjukkan agihan pendapatan 7.10 sen seunit bagi skim ASN2 ketika mengumumkan pengagihan pendapatan skim berkenaan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2013 di Menara PNB, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Yazit RazaliKUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 7.10 sen seunit bagi skim Amanah Saham Nasional 2 (ASN2) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2013.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata ia adalah peningkatan 0.60 sen berbanding 6.5 sen seunit yang dibayar pada tahun kewangan lalu.
Kadar pengagihan pendapatan itu juga adalah yang tertinggi bagi tempoh 13 tahun.
Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran berjumlah RM12.61 juta kepada 8,145 pelabur yang melanggan 178 juta unit saham amanah itu. - BH

No comments:
Post a Comment