Thursday, 27 June 2013

Nilai masih tidak sihat tetapi semakin baik

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 Jun, 2013: Kualiti udara di kawasan Nilai, Negeri Sembilan masih mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat tetapi semakin baik berbanding pagi ini.

Berdasarkan bacaan IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat pukul 5 petang ini, IPU di kawasan Nilai mencatat bacaan 122, menurun berbanding 135 pada pukul 12 tengah hari tadi.

Sementara itu, kualiti udara di seluruh negara juga hampir kembali normal apabila 22 kawasan mencatatkan kualiti udara baik manakala 28 lagi berada pada paras sederhana manakala satu tidak sihat. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment