![]() |
* MAJALAH Tempo versi dalam talian yang memuatkan wawancara bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. - UTUSAN |
Dalam wawancara disiarkan majalah politik Indonesia, Tempo, Najib mendedahkan, Anwar telah menandatangani perjanjian damai disaksikan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, namun sehingga kini masih tidak memperakui keputusan itu secara rasmi.
"Mereka perlu menerima keputusan pilihan raya terlebih dahulu. Itu merupakan kandungan utama perjanjian tersebut dan Anwar sendiri telah menandatanganinya. Kami (BN) terus memerhatikan perkembangan (pascapilihan raya)," katanya ketika dipetik majalah Tempo edisi online hari ini.
Najib berkata demikian melalui artikel bertajuk "PM Malaysia Najib Razak: Terima kemenangan kami, kemudian kita berdamai" dalam wawancara beliau sempena lawatan lima harinya ke Jakarta baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment