Wednesday, 26 June 2013

Terima kemenangan, kemudian berdamai - Najib

 * MAJALAH Tempo versi dalam talian yang memuatkan wawancara bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, RABU, 26 Jun, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pakatan pembangkang, diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menerima kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu sebelum meneruskan usaha damai antara kedua-dua pihak.

Dalam wawancara disiarkan majalah politik Indonesia, Tempo, Najib mendedahkan, Anwar telah menandatangani perjanjian damai disaksikan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, namun sehingga kini masih tidak memperakui keputusan itu secara rasmi.

"Mereka perlu menerima keputusan pilihan raya terlebih dahulu. Itu merupakan kandungan utama perjanjian tersebut dan Anwar sendiri telah menandatanganinya. Kami (BN) terus memerhatikan perkembangan (pascapilihan raya)," katanya ketika dipetik majalah Tempo edisi online hari ini.

Najib berkata demikian melalui artikel bertajuk "PM Malaysia Najib Razak: Terima kemenangan kami, kemudian kita berdamai" dalam wawancara beliau sempena lawatan lima harinya ke Jakarta baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment