11 penyokong Mursi dihukum penjara seumur hidup
KAHERAH, RABU, 04 September, 2013: Sebuah mahkamah tentera Mesir semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap 11 penyokong bekas Presiden Mursi atas kesalahan menyerang pihak tentera.
Sumber tentera melaporkan, kesemua tertuduh didapati mencederakan tujuh tentera dengan lastik dan melontar bom petrol ke arah bangunan tentera di bandar Suez pada 14 Ogos lalu.
Pada tarikh yang sama, tentera melancarkan operasi pembersihan di dua kem penyokong Mursi yang menuntut kerajaan sementara mengembalikan semula kuasa bekas Presiden itu.
Dalam pada itu, mahkamah turut mengarahkan penutupan stesen televisyen milik pergerakan Ikhawanul Muslimin dan al-Jazeera di Mesir kerana menyampaikan maklumat yang salah tentang krisis di negara ini. - REUTERS/UTUSAN
No comments:
Post a Comment