Presiden Somalia terselamat dalam serangan hendap militan
MOGADISHU, RABU, 04 September, 2013: Presiden Somalia terselamat dalam satu serangan hendap yang dilancarkan militan yang mempunyai kaitan dengan pengganas al-Qaeda, ketika beliau diiringi konvoi tentera di sini semalam.
Cubaan membunuh Presiden Hassan Sheikh Mohamud berlaku apabila militan al-Shabaab melancarkan serangan roket ke arah konvoi tersebut ketika menghampiri pekan Marka, selatan Mogadishu.
Pegawai polis tempatan, Abdikadir Mohamed yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, Hassan terselamat dalam serangan itu dan selamat tiba di Marka tanpa sebarang kecederaan.
Pejabat Presiden bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang insiden berkenaan. - REUTERS/UTYUSAN
No comments:
Post a Comment