Monday, 2 September 2013

Golkar harap Malaysia, Indonesia kekal erat

KUALA LUMPUR, AHAD, 01 September, 2013: Parti terbesar dan tertua Indonesia, Golkar berharap persahabatan antara negara itu dengan Malaysia akan terus kekal erat serta dapat menjalinkan kerjasama dalam pelbagai aspek.

Ketua Golkar Luar Negara (PGLN) Malaysia-Brunei, Musthafa Bakri berkata, sambutan kemerdekaan yang sama-sama diraikan Malaysia dan Indonesia pada Ogos menjadi antara faktor yang mengeratkan lagi hubungan akrab kedua-dua negara itu.

"Sambutan kemerdekaan ini mencerminkan kita adalah serumpun. Merdeka kita hampir sama. Apa yang lebih penting adalah kedua-dua negara dapat menjadi rakan sahabat berterusan menuju ketuanan Islam dan Melayu serumpun di Asia Tenggara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 semalam sementara Indonesia pulaenyambut Hari Kemerdekaan Ke-68 pada 17 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Musthafa berkata, Golkar juga berharap kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu akan menjadi pemangkin kejayaan parti sahabatnya iaitu Golkar yang akan bertarung pada pilihan raya Indonesia dan pemilihan Presiden Indonesia tahun depan.

"Dengan terbentuknya kerajaan baharu di Malaysia di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kekuatan UMNO akan dapat kembali merebut hati rakyat sekali gus program Malaysia dan Indonesia berkesinambungan," katanya.

Katanya, Golkar berharap untuk berjaya menjadi parti pemerintah terbaik di Indonesia seperti kejayaan UMNO di Malaysia.

"UMNO parti terbesar dan menerajui kerajaan yang cemerlang di Malaysia. Oleh yang demikian Golkar sebagai sahabat lama UMNO berharap dapat meniru kejayaan UMNO ini," katanya  - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment