Thursday, 5 September 2013

Ibrahim Boubacar Keita angkat sumpah Presiden Mali

BAMAKO, KHAMIS, 05 September, 2013: Ibrahim Boubacar Keita secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Mali di Mahkamah Agung, di sini semalam.

Upacara angkat sumpah dimulakan dengan penyerahan tugas oleh Presiden sementara yang disandang oleh Dioncounda Traore.

Satu majlis bagi meraikan pelantikan tersebut dijangka diadakan pada 19 September ini. - DPA/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment