Puting beliung membadai timur Jepun, tiga cedera
TOKYO, KHAMIS, 05 September, 2013: Beberapa siri puting beliung melanda timur Jepun semalam, menyebabkan bumbung kediaman tercabut, cermin tingkap pecah dan mencederakan sekurang-kurangnya tiga orang.
Siaran televisyen menunjukkan banyak kediaman rosak teruk di Yaita, kira-kira 100 kilometer ke utara Tokyo.
Seorang lelaki warga emas dilaporkan cedera di Yaita, manakala dua lagi di bandar Kanuma.
Bekalan elektrik turut terputus selama tiga jam di Yaita. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment