Kerajaan akan bentang pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959
GEORGETOWN, SELASA, 03 September, 2013: Kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959 pada sidang Parlimen akan datang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata draf yang sedang disiapkan Jabatan Peguam Negara itu dijangka dibentangkan pada persidangan bermula 23 September ini.
Beliau berkata, draf berkenaan juga akan digunapakai di Sabah dan Sarawak.
"Draf ini akan memastikan polis mempunyai taring dalam membanteras jenayah," katanya pada sidang media di Universiti Sains Malaysia di sini, sebentar tadi.
Selain itu, beliau turut mengesahkan dua aktivis pakatan pembangkang, Hishamuddin Rais dan Adam Adli ditahan bagi membantu siasatan polis berkaitan kibaran Sang Saka Malaya.
Katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkkan sepenuhnya kepercayaan kepada polis untuk siasatan lanjut.
"Saya baru dimaklumkan penahanan mereka ini dan belum ada maklumat lanjut mengenainya," katanya. - BH
No comments:
Post a Comment