Tuesday, 3 September 2013

Masa depan ekonomi perlu diadun semua pihak - Najib

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 September, 2013: Masa depan ekonomi negara hanya akan meniti jalan gemilang sekiranya resipi kejayaan itu diadun dengan sempurna oleh semua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perjalanan Malaysia merentas laluan negara berpendapatan tinggi perlu dihalusi dengan terperinci, bagi memastikan sasaran itu berjaya dicapai.

Beliau berkata, strategi yang mampan perlu wujud dalam memastikan bentuk ekonomi yang diingini.

"Apabila kita membuka pintu ekonomi dan menyiapkan industri untuk pasaran global yang saling bergantung, kita perlu tahu dan lihat semua resipi kejayaan yang ada, dan tanya diri sendiri, ekonomi bagaimana yang mahu kita bina selepas ini," katanya semasa menyampaikan ucaptama di majlis Makan Malam Gala The Edge Billion Ringgit Club di sini malam ini. - BH

No comments:

Post a Comment