Monday, 2 September 2013

Nelayan tempatan diugut dengan senjata api

Oleh ZAMZURINA AHMAD

KUANTAN, ISNIN, 02 September, 2013: Lebih 3,500 nelayan di daerah ini bimbang untuk turun ke laut mencari rezeki berikutan ugutan dengan senjata api yang diterima daripada nelayan asing hari ini.

Kejadian berlaku pukul 10 pagi ini apabila sekumpulan 24 nelayan bot tempatan ternampak sebuah bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam menaikkan pukat mereka kira-kira 44 batu nautika (81.4 kilometer) dari perairan Tanjung Api.

Salah seorang nelayan, Che Ghazaib Che Man, 48, memberitahu, tindakan mereka menghalang nelayan asing itu daripada berbuat demikian menyebabkan bot mereka cuba dilanggar.

"Bot nelayan asing itu lebih besar daripada bot kami. Semasa kami cuba menghalang, mereka menunjukkan senjata seperti pistol dan cuba mengejar untuk melanggar bot sehingga memaksa kami meninggalkan perairan itu," katanya yang mengemudi bot berkenaan ketika ditemui pemberita di sini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment