Monday, 2 September 2013

Tiada bantahan BIMB beli kepentingan Bank Islam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 02 September, 2013: Bank Negara Malaysia (BNM) tidak ada bantahan terhadap cadangan BIMB Holdings Bhd untuk membeli baki 49 peratus kepentingan dalam Bank Islam Malaysia Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, BIMB berkata cadangannya untuk menggunakan saham-saham Bank Islam yang dipegangnya sebagai cagaran bagi cadangan sukuknya tidak boleh dipertimbangkan oleh BNM.

"Namun demikian, BNM telah meminta BIMB untuk mendapatkan dan memaklumkan kepadanya tentang aset alternatif yang sesuai sebagai cagaran bagi sukuk yang dicadangkan itu," katanya.

Menurut BIMB ia sedang mempertimbangkan opsyen berkaitan dengan cagaran bagi sukuk tersebut.

Sebelum ini, BIMB mencadangkan untuk menerbitkan sekuriti Islam bernilai hingga RM2.2 bilion untuk mengumpul pendapatan kasar indikatif sebanyak hingga RM1.47 bilion. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment