My Add

Tuesday, 3 September 2013

Penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak dikembalikan: Wahid
 
 Abdul Wahid Omar
PETALING JAYA, SELASA, 03 September, 2013: Penjimatan RM3.3 bilion menerusi pengurangan subsidi bahan api, akan digunakan semula untuk kepentingan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan projek infrastruktur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar. 

Beliau berkata, langkah itu adalah pendekatan menyeluruh dalam mengurus defisit fiskal dan agihan subsidi kepada kumpulan sasar.

"Daripada memberi subsidi kepada mereka yang tidak memerlukan serta warga asing, kami memberikannya terus kepada mereka yang berhak ke atas subsidi itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Abdul Wahid berkata, langkah itu adalah proses untuk memperkukuh ekonomi yang bermatlamat memberikan impak positif kepada kebajikan rakyat dalam persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 3 September.

Kerajaan membelanjakan RM24 bilion untuk subsidi bahan api setahun, kata Abdul Wahid. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment