![]() |
| Kiri Norhashiah, Mashitah |
KUALA LUMPUR, RABU, 04 September, 2013: "Siapa yang perlu minta maaf kepada siapa. Banyak kenyataan lagi yang akan keluar."
Demikian kenyataan ringkas bekas Setiausaha Wanita UMNO Bahagian Baling, Norhashiah Ibrahim kepada Utusan Malaysia ketika mengulas kata dua Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim kepadanya semalam supaya memohon maaf dalam tempoh seminggu.
Mashitah mahu Norhashiah memohon maaf kepadanya setelah mendakwa bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terlibat dalam penyelewengan.
Sebelum ini, Norhashiah meminta polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelesaikan kes penyelewengan tersebut memandangkan sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil terhadap Mashitah.
Mashitah didakwa membuka sebuah akaun bank yang mencurigakan dua tahun lepas serta menggunakan nama Norhashiah sebagai salah seorang daripada tiga penama untuk membuka akaun bank tersebut.
Jelas Mashitah, beliau memandang serius dakwaan tersebut kerana tuduhan itu tidak berasas dan mempunyai niat untuk menjejaskan nama baiknya.
Katanya, tindakan tersebut diambil bagi menjaga reputasi dan nama baiknya sebagai seorang Ketua Wanita UMNO Bahagian Baling dan Ahli Dewan Negara. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment