My Add

Thursday, 3 October 2013

Berlusconi batalkan cubaan guling Perdana Menteri Itali

ROM, KHAMIS, 03 Oktober, 2013: Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi hari ini membatalkan cubaannya untuk menggulingkan Perdana Menteri, Enrico Letta dalam satu undi tidak percaya.

Berlusconi berkata, beliau menukar fikiran selepas mendengar janji Letta untuk mengurangkan cukai dan `membentuk kerajaan yang mampu melaksanakan perubahan kepada Itali’.

Berlusconi pada awalnya menggesa lima menteri dari partinya, Parti Kebebasan Rakyat (PDL) meletakkan jawatan dan menyebabkan undi tidak percaya dilaksanakan terhadap Letta.

Bagaimanapun, beliau menukar fikirannya selepas beberapa Senator PDL akan menyatakan sokongan kepada Letta. - AFP/Agensi/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment