Militan tembak jatuh helikopter tentera Iraq
KIRKUK, Iraq, KHAMIS, 03 Oktober, 201 Militan menembak jatuh helikopter milik tentera Iraq hari ini menyebabkan empat anggota pasukan keselamatan terkorban.
Seorang pegawai berkata, helikopter tersebut ditembak ketika sedang menjalankan operasi besar-besaran membanteras militan di kawasan gurun, di barat bandar Baiji, utara Baghdad.
Kejadian itu telah mengorbankan dua orang anak kapal dan dua orang tentera. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment