Friday, 4 October 2013

Presiden China diberi sambutan rasmi di Parlimen

Oleh ROSALINDA MD. SAID
*PRESIDEN China, Xi Jinping memeriksa barisan ketika majlis smabutan rasmi sempena lawatan beliau ke negara ini di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN
KUALA LUMPUR, JUMAAT,  04 Oktober, 2013: Presiden China, Xi Jinping yang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia diberikan sambutan rasmi di Dataran Parlimen di sini hari ini.

Ketibaan Xi dan isteri, Peng Liyuan pada pukul 9.05 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Yang turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta menteri-menteri Kabinet.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diikuti dengan Xi memeriksa perbarisan yang terdiri daripada empat pegawai dan 102 anggota rejimen, diketuai Mejar Nur Fahmi Bassar. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment