Persidangan usahawan Malaysia-China
KUALA LUMPUR, AHAD, 24 November, 2013: Kira-kira 1,000 peserta dari Malaysia, China dan negara-negara ASEAN sudah bersedia untuk mengambil bahagian dalam 'Persidangan Usahawan Malaysia-China 2013' pada 1 Disember di Putrajaya.
Penganjurnya, Dewan Perniagaan Malaysia-China, berkata persidangan tahun itu akan menjadi satu platform bagi peserta serantau untuk bertukar-tukar buah fikiran, memupuk hubungan yang lebih baik dan menjalin rangkaian yang lebih luas.
Dengan tema 'Positive Energy for Better Opportunities (Tenaga Positif bagi Peluang yang Lebih Baik),' persidangan itu bertujuan membantu syarikat mencapai keusahawanan yang berjaya, kata dewan itu dalam satu kenyataan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment