![]() |
* MUHAMMAD Abdul Rahim Jaafar dikawal polis di Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam. |
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Muhammad Abdul Rahim Jaafar, 22, dari Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) yang mengaku membuat ugutan jenayah terhadap isterinya, Siti Zuhrah Arifah Mohamad, 21, dengan mengatakan hendak membunuh mangsa di rumah keluarga wanita itu di Kampung Tapang, Jalan Hospital di sini pada pukul 7.30 pagi, 8 September lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Menurut fakta kes, semasa mangsa berada di rumah keluarganya, Muhammad Abdul Rahim masuk ke dalam rumah bertanyakan wanita itu sama ada hendak berbaik semula dan mengikutnya pulang, namun mangsa memberitahu tidak mahu bersamanya lagi.
Tertuduh kemudian mengugut isterinya untuk mengambil pisau dan membunuhnya lalu terus ke dapur mengambil sebilah pisau dan mengacukan kepada mangsa dan bertanya kembali soalan yang sama.
Dia kemudiannya mengugut untuk mengambil gunting lalu dicucuk ke perut mangsa manakala pisau diacu di belakangnya sambil memaksa wanita itu berjanji untuk kembali kepadanya.
Mangsa yang berasa amat takut terpaksa menuruti kehendaknya. Tertuduh kemudian menjauhkan diri daripada mangsa dan mengugut jika mungkir janji dia akan kembali ke rumah keluarga wanita itu dan membunuhnya.
Mangsa kemudian membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada 25 September lalu.
Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad. -UTUSAN

No comments:
Post a Comment