Kerajaan jamin teruskan pengajaran bahasa ibunda
Oleh HUSSAINI AMRAN
KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Disember, 2013: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda di sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina.
Timbalan Perdana Menteri berkata, jaminan itu telah dimuktamadkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan memberitahu, kerajaan sentiasa mengiktiraf bahasa ibunda sebagai salah satu warisan dan aset negara.
"Jadi, jangan percaya kalau dengar kita akan tutup sekolah. Tidak pernah ada usaha dibuat untuk menutup sekolah-sekolah sebegitu," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran 10 Buku Tamil Cherish & Share di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment