Oleh SAYED HESHAM IDRIS, NORHIDAYU MOHD. HASSAN,
MOHD. FIRDAUS ISMAIL dan YATIMIN ABDULLAH
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Guling Kerajaan di sebuah kedai makan di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini malam tadi.
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan pada pukul 11.35 malam mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 124 C Kanun Keseksaan kerana melakukan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, lelaki yang merupakan bekas pelajar sebuah universiti tempatan, telah berkahwin dan masih menganggur itu ditahan kerana dipercayai menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan.
"Lelaki itu juga merupakan antara penceramah di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 20 Disember lalu yang mengajak orang ramai ke Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru bertujuan menggulingkan kerajaan," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Bagaimanapun Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa memberitahu, permohonan polis mendapatkan perintah tahanan reman terhadap lelaki itu bagi siasatan lanjut tidak berjaya. Dia kemudian dibebaskan pada pukul 5 petang.
Sementara itu, kemarahan orang ramai terhadap rancangan mengadakan Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini semakin memuncak apabila sebanyak 104 laporan polis dibuat di seluruh negara sejak minggu lalu dan sehingga hari ini.
Menurut sumber, laporan-laporan tersebut dibuat pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli politik dan individu bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya sebelum perkara tidak diingini berlaku.
"Laporan polis terbanyak diterima di Selangor iaitu 25 laporan, Perak (20), Kuala Lumpur (9), Kedah (9), Terengganu (9), Kelantan (8), Johor (7), Pulau Pinang (6), Pahang (5) dan Melaka (4).
"Kita menjangkakan jumlah laporan polis akan terus meningkat berdasarkan perkembangan semasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Terbaru, hari ini sebuah lagi NGO, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.
Menurut Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah, pihak berkuasa perlu membuat pemantauan dan menahan serta-merta pihak yang terlibat sebelum perkara tidak diingini berlaku,
"Amaran sahaja tidak memadai kerana kerana hasutan yang dilakukan jelas mengancam keselamatan orang ramai terutama keamanan negara," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis.
Di NIBONG TEBAL, turut membuat laporan adalah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Pemuda Gerakan Belia 4B Nibong Tebal, Persatuan Seni Silat Cekak Pesaka Gayung Malaysia Nibong Tebal, Yayasan Kebajikan Wanita negeri, Kelab Pemuda 1Malaysia dan UMNO Cawangan Bandar Tasik Mutiara.
Di PASIR MAS pula empat pertubuhan iaitu Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, Gerakan, Persatuan Bekas Polis Cawangan Pasir Mas dan Persatuan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Pasir Mas turut membuat laporan yang sama.
Sementara di IPOH, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gopeng, Hisyamuddin Tajuddin turut membuat laporan.
Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan wujud penyebaran poster yang mengajak orang ramai supaya menyertai Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini.
Beliau berkata, PDRM memandang serius poster itu yang dikesan tersebar menerusi portal berita dan laman sosial. - UTUSAN
![]() |
* KETUA PEMUDA UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Nor Hiesyam Ismail (kanan) bersama beberapa wakil NGO menunjukkan salinan laporan polis terhadap penganjur Himpunan Guling Kerajaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang semalam. - UTUSAN/Sazali Che Din |

No comments:
Post a Comment