![]() |
GAMBAR yang dikeluarkan oleh Republik Selatan Sudan menunjukkan penduduk berlindung di kawasan berhampiran Lapangan Terbang Juba, semalam. - AFP |
Pertempuran turut dilaporkan berlaku di Pibor, salah satu kawasan di Jonglei.
Pertempuran itu juga disifatkan sebagai persengketaan antara etnik Dinka (penyokong Kiir) dan etnik Nuer (penyokong Machar).
Presiden Kiir berkata, pertempuran bermula apabila penyokong Machar melepaskan tembakan pada mesyuarat parti pemerintah, Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan (SPLM) Ahad lalu.
"Ia terus berlarutan pada hari Isnin dan tentera kerajaan kemudian telah berjaya mengawal keadaan.
"Namun, tembakan terus berlaku pada hari Selasa berhampiran istana presiden dan beberapa lagi kawasan di Juba," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki- Moon, semalam menggesa Kiir mengadakan dialog dengan pihak pembangkang bagi menghentikan konflik berkenaan yang semakin meruncing.
Presiden Majlis Keselamatan PBB, Gerard Araud pula berkata, antara 15,000 dan 20,0000 penduduk terpaksa mencari perlindungan di kawasan sekitar Juba ekoran pertempuran itu.
"Majlis Keselamatan PBB menggesa kedua-dua pihak menghentikan permusuhan serta-merta bagi mengelakkan lebih ramai penduduk yang terkorban," katanya.
Amerika Syarikat juga mengarahkan kakitangan diplomatiknya supaya keluar dari Sudan Selatan sebagai langkah keselamatan. - AFP.UTUSAN

No comments:
Post a Comment