Wednesday, 8 January 2014

3 kanak-kanak antara 10 terbunuh dalam letupan

PESHAWAR, SELASA, 07 Januari, 2014: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh, termasuk tiga kanak-kanak dalam satu letupan yang berlaku di sebuah rumah ketua puak Khyber barat laut Pakistan.

Menurut pegawai kanan pentadbiran tempatan, Nasir Khan, seramai sembilan orang yang lain tercedera dalam kejadian terbabit di rumah ketua puak yang dikenali sebagai Hakim Khan.

“Kami masih menyiasat punca sebenar letupan itu, namun tidak menafikan kemungkinan kejadian itu berlaku secara tidak sengaja kerana kebanyakan rumah kediaman puak sememangnya menyimpan senjata dan bom," katanya. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment