Tuesday, 7 January 2014

Ismawi tidak akan didakwa

KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Januari, 2013: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan tidak akan mendakwa Ismawi Hadani, individu yang memuat naik kenyataan menghasut pengikut akaun Facebook beliau untuk mengguling kerajaan.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara sudah mempertimbangkan semua faktor berkaitan kes tersebut dan memandang serius kesalahan yang dilakukan.

"Walau bagaimanapun, sebagai pendakwa raya, saya mempertimbang kenyataan Ismawi yang menunjukkan beliau sudah insaf selain memohon maaf kepada orang awam," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Abdul Gani berkata, siasatan polis mendedahkan Ismawi tidak mendapat sebarang sokongan daripada rakan dan pengikut akaun Facebook beliau sebaliknya dia dikutuk serta dikritik kerana membuat kenyataan itu.

"Beliau juga didapati tidak bertindak mempertahankan dirinya malah mengalah sebaik sahaja menerima maklum balas negatif daripada pengikutnya," katanya. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment