Friday, 24 January 2014

50 terbunuh dalam serangan udara di Anbar

BAGHDAD, JUMAAT, 24 Januari, 2014: Sekurang-kurangnya 50 terkorban dalam satu serangan udara di barat Anbar, Iraq, kata kementerian pertahanan semalam.

Satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian tersebut menyatakan, pasukan keselamatan Iraq menerima maklumat mengenai kedudukan kubu dan melancarkan beberapa serangan udara di Anbar semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, mereka yang terkorban termasuk beberapa anggota militan yang berasal dari luar Arab dan serangan tersebut turut memusnahkan sejumlah besar tempat simpanan senjata. - AFP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment