Friday, 24 January 2014

Bot karam: 17 selamat, 1 hilang

SARIKEI, JUMAATM, 24 Januari, 2014: Sebanyak 17 penumpang selamat dan seorang lagi hilang selepas sebuah bot penumpang karam di Sungai Sian, Bintangor awal pagi ini.

Penguasa Bomba dan Penyelamat Zon Tengah, Abdul Mutalib Rashid berkata, kesemua mangsa diselamatkan oleh kapal tongkang yang melalui sungai itu kira-kira pukul 6.50 pagi.

Menurutnya, mangsa yang hilang dipercayai lelaki berketurunan Iban berusia lingkungan umur 30-an. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment