Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
![]() |
* KERATAN Mingguan Malaysia semalam. |
Yang Dipertuanya, Datuk Bahrim A. Razak berkata, daripada jumlah itu, majoriti kegiatan 'mengalibabakan' lesen dan lot perniagaan itu dikesan melibatkan peniaga Melayu.
Menurutnya, kebanyakan lot perniagaan yang disewakan kepada warga asing ialah pasar basah, pasar malam dan medan selera yang menjadi tumpuan ramai.
"Kadar sewa yang dikenakan kepada warga asing ini misalnya di Pasar Raja Bot bermula daripada RM1,500 hingga RM2,000 sebulan dan ada juga yang menggunakan konsep 'jual mutaah' iaitu sewa selama setahun sekali gus.
"Sebab itu, saya amat bersetuju dengan peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan berharap tindakan tegas dapat diambil," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas amaran Najib semalam, agar peniaga tempatan tidak menyewakan premis yang disediakan kerajaan kepada orang lain terutama warga asing.
Tambah Bahrim, warga asing yang menyewa premis daripada peniaga asal juga sering menggunakan alasan sebagai pembantu jualan sekali gus menyukarkan tindakan.
"Justeru itu, untuk menyelesaikan masalah ini, langkah pencegahan harus bermula daripada peniaga sendiri yang perlu berubah sikap," katanya.
Sementara itu, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) yang sering mengutarakan masalah peniaga kecil yang terpaksa bersaing dengan warga asing turut menyokong saranan Najib.
Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya amat menghargai amaran Perdana Menteri yang mahu kegiatan itu dibanteras.
"Ikhlas sudah perjuang isu ini sejak 2010 termasuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri dan kami sedia untuk bekerjasama dengan agensi berkaitan agar masalah ini dapat diselesaikan," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment