My Add

Tuesday, 14 January 2014

650 ditangkap dalam Ops Noda

LUMUT, SELASA, 14 Januari, 2014: Polis Manjung telah menjalankan sebanyak 87 serbuan dan pemeriksaan ke atas pusat-pusat hiburan, restoran, rumah persendirian dan pusat refleksologi di bawah Ops Noda sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, daripada jumlah itu sebanyak 650 tangkapan telah dilakukan melibatkan warga Vietnam sebanyak 490 orang, China (61), Myammar (5), Thailand (46) dan Indonesia (24).

``Pada tahun ini, setakat dua minggu pertama, kita telah menjalankan sebanyak sembilan serbuan melibatkan 71 tangkapan membabitkan 51 orang warga Vietnam, China (19) dan Thailand (4).

``Kesemua warga asing yang ditahan ini berusia lingkungan 17 hingga 30 tahun,'' katanya dalam sidang akhbar di sini semalam. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment