Lagi wanita terjatuh di Bukit Tabur
KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Jan, 2014: Niat seorang wanita yang ingin mendaki Bukit Tabuh, Taman Melawati, Ampang dekat sini tidak kesampaian apabila dia dipercayai jatuh kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Pasukan Bomba dan Penyelamat daripada Unit Khas Balai Ampang masih dalam usaha menyelamatkan mangsa berusia 25 tahun itu.
Kejadian ini merupakan kali kedua selepas pasukan bomba menyelamatkan seorang wanita yang terjatuh di lokasi yang sama pada 5 Januari lalu. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment