Monday, 20 January 2014

FGV tinjau pasaran Pakistan, India dan Bangladesh

CEBU CITY (Filipina), ISNIN, 20 Januari, 2014: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), pengusaha ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia, menyasarkan rangkaian luar yang lebih besar dan berhasrat meneroka pasaran Pakistan, India dan Bangladesh pada tahun ini.

Naib Presiden Kanan merangkap Pemangku Ketua Hilirannya, Zakaria Arshad berkata, negara-negara ini menawarkan potensi perniagaan yang besar, terutamanya dalam mengeksport produk hiliran yang ditawarkan FGV.

"FGV menyasarkan pasaran yang tidak ramai peserta dan pada masa yang sama mempunyai banyak pengguna yang berbelanja dengan kebanyakan mereka daripada golongan berpendapatan rendah.

"Kami mahu mereka mempunyai peluang yang sama untuk mempunyai produk yang lebih berkualiti pada harga berpatutan," katanya kepada semasa lawatan syarikat ke cawangannya di Cebu, kelmarin. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment