Inti pati NAP 2014
KUALA LUMPUR, ISNIN, 20 Januari, 2014: Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 dibentangkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini. Berikut ialah antara inti patinya:
Objektif :
* mempromosi industri automotif domestik secara kompetitif dan berkekalan.
* mentransformasikan Malaysia sebagai hab automotif bagi kenderaan cekap tenaga (EEV)
* mempromosi aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi
* memperkukuh eksport kenderaan dan komponen
* menggalakkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam rangkaian nilai industri automotif domestik
* melindungi kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang lebih selamat dan berkualiti pada harga kompetitif.
Kandungan:
* Secara keseluruhan, NAP 2014 menyediakan pakej pembiayaan berjumlah kira-kira RM2 bilion, serta langkah dan pelan pelaksanaan untuk merealisasikan NAP 2014
* NAP 2014 menyasarkan sekurang-kurangnya 200,000 unit kereta dieksport, manakala eksport komponen akan mencecah nilai minimum RM10 bilion pada 2020
* Kerajaan membuka kemungkinan untuk mengurangkan duti eksais secara
berperingkat-peringkat apabila keadaan fiskal membenarkan.
* Bagi Permit Import (AP), kerajaan memutuskan untuk membuat kajian mendalam bagi menilai impak penamatan penyertaan Bumiputera dalam industri auto.
* NAP 2009 membuat ketetapan spesifik untuk menamatkan AP terbuka pada 31 Disember 2015 dan AP francais pada 31 Disember 2020 - BERNAMA
No comments:
Post a Comment