Muhyiddin tiba di London, lawatan tiga hari
LONDON, ISNIN, 20 Januari, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin tiba di sini hari ini untuk melakukan lawatan kerja tiga hari ke United Kingdom.
Ketibaan beliau disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi serta diplomat, rakyat dan pegawai Malaysia.
Bercakap kepada wartawan Malaysia semalam, Ahmad Rasidi berkata, lawatan itu diatur untuk Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan, bagi menghadiri Forum Pendidikan Sedunia (EWF) 2014 di sini.
EWF 2014 merupakan perhimpunan menteri pendidikan dan kemahiran terbesar di dunia.
Selain EWF 2014, Muhyiddin juga akan meghadiri majlis makan malam Majlis Eksekutif Majlis United Kingdom and Eire (Ireland) (UKEC) 2013/2014 malam ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment