Sunday, 5 January 2014

Jangan jadi ‘tikus tercekik capati’ - Mohd. Azli

KUALA LUMPUR, SABTU, 04 Januari, 2013: Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo terus didesak untuk menjelaskan percanggahan jumlah perwakilan yang hadir dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September lalu.

Timbalan Ketua UMNO Petaling Jaya Utara, Mohd. Azli Mohamed berkata, penjelasan tersebut akan memudahkan proses siasatan dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan Gobind supaya tidak membisu seperti ‘tikus tercekik capati’ dan membuat penjelasan secara terbuka berkaitan percanggahan jumlah perwakilan itu.

Berikut adalah kenyataan Mohd. Azli berhubung perkara tersebut.

l Kita mahu tanya Gobind, mengapa pada 29 September lalu, Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr. Ong Kian Meng mengisytihar sejumlah 1,725 perwakilan hadir semasa pemilihan semula CEC di Dewan Hotel One World sedangkan pada 6 November lalu, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke melaporkan kepada ROS bahawa sejumlah 1,740 perwakilan yang hadir.

l Kita mahu tahu sama ada Kian Meng yang bohong ataupun Anthony Loke yang bohong. Kita harap ROS juga akan menyiasat berhubung pembohongan yang dibuat oleh DAP.

l Gobind turut diminta memberi senarai nama 15 orang yang terlibat dalam perbezaan jumlah kehadiran dalam masa tujuh hari dan jika gagal berbuat demikian, maka ternyata beliau juga terlibat dalam pembohongan itu.

l Tepat sekali apabila Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan memberi gelaran ‘anak badut’ kepada Gobind kerana sehingga hari ini beliau masih belum mengemukakan 500 surat akuan kedatangan perwakilan kepada ROS. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment