Sunday, 5 January 2014

Mesir memanggil Duta Qatar di Kaherah

KAHERAH, AHAD, 05 Januari, 2013: Menteri Luar Mesir memanggil Duta Qatar di sini hari ini, sebagai membantah kritikan yang dilemparkan oleh Doha terhadap tindakan ketenteraan yang dikenakan kepada penyokong pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Hubungan di antara kedua-dua buah negara semakin renggang selepas kerajaan Mesir yang disokong oleh tentera menggulingkan bekas Presiden Mohammed Mursi dan mengambil tindakan keras ke atas pergerakan Ikhwanul Muslimin.

Agensi berita Al-Jazeera milik kerajaan Qatar juga sering mengecam tindakan kerajaan Mesir dengan melaporkan berita tentang tindakan keras yang diambil oleh pihak polis terhadap penyokong pergerakan tersebut sejak Mursi digulingkan pada Julai tahun lalu. - AFP/UTUDAN 

No comments:

Post a Comment